HOME TUTO BIES ASK

28 April 2013

5 Kesalahan dan cara memakai bra yang betul

Asalamualaikum w.b.t + Salam sejahtera .
Hope this day is the best than yesterday !


MAAF ENTRI INI UNTUK GOLONGAN BERGELAR GADIS , WANITA , PEREMPUAN , KANAK-KANAK PEREMPUAN . GENDER SELAIN YANG DINYATA ITU SILA TEKAN PANGKAH .


Satu formula telah di reka khas untuk memastikan ukuran sebenar saiz bra yang bersesuaian. Dari formula itulah, tercetusnya 30A, atau 34D, dan sebagainya. Untuk tahu saiz bra yang sesuai bolehlah korang cari di formula mengira saiz bra :) --> SINI .[ Saiz tu tak semestinya betul-betul tepat. ]


Memakai cangkuk bra yang terakhir untuk rasa selesa atau sengaja untuk mengetatkan




Cara betul :  Pemakaian bra baru dimulakan dengan cangkuk yang paling longgar. Bila bra terletak baik pada badan tanpa memberi kesan ketat di setiap bahagian, itulah yang menandakan bra yang sesuai.
Sila pilih band size yang lebih besar dari saiz asal anda memakainya .




Tali bra yang terangkat dari pandangan belakang




Cara betul : Band size yang di pakai sepatutnya satu level dari bahagian depan dan nampak rata pemakaiannya.
Sila pilih band size yang lebih rendah atau kecil dari saiz asal anda memakainya



Memakai tali bra yang sangat ketat. Atau memendekkan tali bra sehingga meninggal kesan pada kedua-dua bahu.




Cara betul : Tali bra tak menimbulkan kesan ketat atau berbekas pada bahu dan badan. Selalunya bila anda bertindak mengetatkan bra strap bererti support dari cup kurang. Cup size itu kecil untuk anda.
Sila pilih cup size yang lebih besar dari saiz asal anda pakai sekarang.



Memakai bra yang membuatkan benjolan terkeluar di bahagaian bawah ketiak, sisi dada atau bahagian atas.




Cara betul : Sepatutnya tiada benjolan isi yang patut terkeluar dari  bra cup, sama ada ketika anda mengangkat tangan atau tidak
 Cari cup size yang lebih besar sehingga muat keseluruhan aset bila di pakai




Bahagian gore @ part tengah yang menyambungkan antara kedua-dua belah bra, kelihatan terangkat. Dalam masa yang sama ia tidak melekap baik pada tulang dada anda





Cara betul : Bra cup melekap sebaiknya sehingga ke tulang dada, tanpa perlu rasa sakit atau ketat.
Carilah cup size yang lebih besar.



Jadi, anda semua mesti dapat kenal pasti masalah-masalah yang mungkin anda tak sedar semasa memakai bra. Apa tunggu lagi? Silalah perbetulkan pemakaian dan pemilihan bra ya! 

2 comments:

Aida Ismail said...

Like this entry ^^ sangat berguna buat para wanita. Hee~

Unknown said...

@Aida Ismail Ty . :)