Dengan usianya yang kini mencecah ke angkat 30 tahun rasanya sedang elok pelawak terkenal Malaysia, Zizan Razak menyatakan hasrat ingin berumah tangga dan mengakui hatinya sudah dimiliki.
Majlis hari jadi yang berlangsung semalam bersamaan dengan tanggal 15 April, Zizan Razak dan peminat, Zizan Twitter Family (ZTF) telah membuat majlis khas tersebut untuk Zizan.
Apabila ditanya mengenai status sebenar kekasihnya itu Zizan tidak mahu mengulas lanjut namun begitu hanya berkongsi bahawa wanita bertuah itu merupakan orang yang dekat dengannya dan bukan dikalangan artis.
Zizan turut memberitahu wanita ini masih baru lagi dikenalinya dan memberitahu ciri-ciri wanita idamannya ada pada wanita tersebut.
“Saya kalau boleh suka orang yang simple, tidak seksi, dan apa yang paling penting pandai ambil hati orang tua saya”
Kalau betul dah jumpa calon, apa tunggu lagi kan? Tup-tup dapat orang ganu kita jugak..
No comments:
Post a Comment