HOME TUTO BIES ASK
Showing posts with label Tip. Show all posts
Showing posts with label Tip. Show all posts

23 October 2013

Tips mencerahkan siku dan lutut

Asalamualaikum w.b.t + Salam sejahtera .
Hope this day is the best than yesterday ! 


Kebiasaannya, warna pada bahagian kepala lutut dan siku akan kelihatan lebih gelap berbanding bahagian kulit lain.Hal ini akan menyebabkan sesetengah wanita kurang keyakinan diri untuk memakai pakaian yang menyerlahkan lutut atau siku.


 Memang agak sukar untuk menghilangkan kehitaman pada siku dan lutut, namun tidak bermakna ia tidak akan menjadi lebih cerah. Anda dapat meratakan warna kulit hanya dengan mengikuti tips seperti di bawah: 




 Menggunakan lemon

Bahan yang terbukti berkesan untuk meratakan warna kulit badan tidak lain tidak bukan, buah lemon. Potong lemon secara nipis, dan sapukannya pada bahagian siku dan lutut anda. Lakukan proses ini selama 30 minit dan bilas dengan menggunakan air suam. Untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat, lakukan proses ini 2 atau 3 kali sehari. 
 Menggunakan minyak zaitun
Warna kulit bahagian siku dan lutut kelihatan lebih hitam berbanding kawasan lain kerana ia terdiri daripada sel-sel kulit mati lantas menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, sapukan minyak zaitun pada siku dan lutut. Biarkan selama 15 minit dan bilas. 
 Menggosok dengan span
Untuk pengelupasan sel-sel kulit mati secara halus, anda disyorkan menggunakan span khas atau 'loofah' yang mana banyak dijual di kedai yang menjual barang kosmetik. Kemudian, gosok dengan tekanan sederhana dan perlahan pada bahagian lutut dan siku tadi sehingga diyakini sel kulit mati hilang. Akhir sekali, bilas dengan air suam. 
 Menggunakan pelembab
Setiap kali selepas mandi, jangan lupa untuk memakai pelembab di bahagian lutut dan siku untuk kesan ekstra. Kebiasaannya, kedua-dua kawasan ini sangat kering dan memerlukan lebih banyak kelembapan untuk lebih lembut dan cerah. Lebih bagus lagi jika anda menyapukan 'body butter' setiap kali selesai mandi pada bahagian lutut dan siku. 

SELAMAT MENCUBA , HEHEHE .:x 

3 June 2013

5 Cara Ucap " I LOVE YOU "

Asalamualaikum w.b.t + Salam sejahtera .
Hope this day is the best than yesterday ! 




:51:  Album Gambar

Beli sebuah album dan korang letakkan gambar korang dengan boy/girl korang tuh. Setiap muka surat , korang letak lah kata-kata yang indah . Baru lah lebih hayati ,and menarik kan ? 

:60: Sekuntum bunga

Ini bagi lelaki .. Letakkan sekumtum bunga di hadapan pintu rumahnya di pagi-pagi hari .. Mesti si dia seronok gila bila tengok bunga ada di di depan pintu rumah sebelum pergi keje or kolej . hehe .Walaupun harga sekumtum bunga itu agak murah tetapi nilainya pada si dia amatlah berharga dan lebih berharga daripada harga harta bendanya sendiri .

:33: Love list 

Berikan si dia senarai atau 10 sebab kenapa korang mencintai si dia. Tuliskan dengan ikhlas dan jujur . Sebaiknya , korang hantarkan melalui pos kepadanya. Kalau korang hantarkan sendiri . ia nya tak menunjukkan ianya istimewa . Malah , perkara yang biasa je tuh . hehe . Cuba lah , pasti si dia , akan lebih mencintai diri korang 

:81: Kongsi masalah

Ok , ini pun menarik . Korang beritahu lah rahsia korang kepada si dia yang tidak pernah korang beritahu pada sesiapa termasuklah mama n papa korang . Si dia pasti akan berasa bangga dan dihargai kerana korang begitu mempercayainya. Dengan cara ini , dia sudah yakin yang korang betul-betul mencintainya!

:74:  CD Lagu favourite 

Hadiahkan CD lagu kegemarannya . tetapi , biarlah yang berunsurkan cinta . Pasti dia menghayati lirik-lirik lagu yang kamu beri kepada nya . Kata kepada yang lagu itu , amat bererti bagi korang sebab ianya mewakili hati korang untuk si dia . hehe . meanrik kan ? :)


DIPETIK DAN DIUBAHSUAI DARIPADA 
LYSSASECRET.COM

30 April 2013

6 Larangan untuk bercinta

Asalamualaikum w.b.t + Salam sejahtera .
Hope this day is the best than yesterday ! 





Masing-masing mesti pernah bercinta kan ? Time cinta monyet , cinta kura-kura . Hahaha . Nak tergelak bila ingat balik . Suka dekat seseorang tu , Pergi tulis surat . Letak dalam beg dia . Ohhhh ! Korang mesti lagi dasyhat kan kan ? Hahahaha . Bercinta tak boleh ? Siapa kata ? Boleh saja bercinta , Tapi mesti tau had-had batasnya nya shayangg . 


Jangan bercinta kerana HARTA .
Sorry to say lah kan . Tak de gunanya hidup dilimpahi dengan harta , tapi tanpa cinta . Harta datang dan pergi setiap saat . "Cinta" yang sesat dapat diperoleh setiap saat , tapi cinta yang sejati tidak dapat dibeli dengan harta . So , renung-renungkan lah ye ?

Jangan bercinta kerana SIMPATI
Rasa tertarik dan simpati terhadap seseorang seringkali disalahertikan sebagai CINTA . Perasaan itu bukan cinta ! Ia boleh berubah dengan beberapa faktor seperti rupa paras , harta , tempat dan keadaan .  Perasaan itu buta , tidak tahan lama , dan tidak tahan diuji . Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan membuat mata 

Jangan bercinta kerana RUPA 
Kecantikan fizikal memang indah dan mudah saangat menggoda sesiapa sahaja , tetapi  ianya boleh luntur kerana usia  . Oleh itu , apa yang lebih penting ialah kecantikan dalaman seseorang kerana ianya tidak akan luntur selagi nyawa dikandung badan :)

Jangan bercinta kerana kepuasan NAFSU
Seks penting dalam perhubungan suami isteri , namun ianya tidaklah boleh dijadikan sebajai tujuan utama mencari pasangan . Seks hanyalah salah satu bahagian dari pernikahan . Orang yang hanya mengejar kenikmatan seks akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan yang diciptakannya sendiri :)

Jangan bercinta kerana PAKSAAN keluarga
Seorang anak harus berbakti kepada keluarga , namun , tidak boleh menyerah dalam hal percintaan , sekiranya korang pasti yang mereka salah dan korang benar. Berdoalah dan berikanlah penjelasan kepada mereka bahawa korang tak setuju dengan apa yang telah ditetapkan untuk korang . 

Jangan bercinta kerana membalas JASA 
Orang yang telah berbuat baik kena dibalas baik , jangan balas dengan CINTA .Ingat !! Jangan bercinta tanpa pengertian dan keikhlasan . Daripada mengundang derita , lebih baik mengelakkannya . Banyak lagi cara lain yang lebih ikhlas untuk membalas budi dan jangan memaksa diri untuk menerima seseorang yang bukan pilihan kita :)


Apa kata korang ??


DIPETIK DAN DIUBAHSUAI  DARI :
LYSSASECRET

28 April 2013

5 Kesalahan dan cara memakai bra yang betul

Asalamualaikum w.b.t + Salam sejahtera .
Hope this day is the best than yesterday !


MAAF ENTRI INI UNTUK GOLONGAN BERGELAR GADIS , WANITA , PEREMPUAN , KANAK-KANAK PEREMPUAN . GENDER SELAIN YANG DINYATA ITU SILA TEKAN PANGKAH .


Satu formula telah di reka khas untuk memastikan ukuran sebenar saiz bra yang bersesuaian. Dari formula itulah, tercetusnya 30A, atau 34D, dan sebagainya. Untuk tahu saiz bra yang sesuai bolehlah korang cari di formula mengira saiz bra :) --> SINI .[ Saiz tu tak semestinya betul-betul tepat. ]


Memakai cangkuk bra yang terakhir untuk rasa selesa atau sengaja untuk mengetatkan




Cara betul :  Pemakaian bra baru dimulakan dengan cangkuk yang paling longgar. Bila bra terletak baik pada badan tanpa memberi kesan ketat di setiap bahagian, itulah yang menandakan bra yang sesuai.
Sila pilih band size yang lebih besar dari saiz asal anda memakainya .




Tali bra yang terangkat dari pandangan belakang




Cara betul : Band size yang di pakai sepatutnya satu level dari bahagian depan dan nampak rata pemakaiannya.
Sila pilih band size yang lebih rendah atau kecil dari saiz asal anda memakainya



Memakai tali bra yang sangat ketat. Atau memendekkan tali bra sehingga meninggal kesan pada kedua-dua bahu.




Cara betul : Tali bra tak menimbulkan kesan ketat atau berbekas pada bahu dan badan. Selalunya bila anda bertindak mengetatkan bra strap bererti support dari cup kurang. Cup size itu kecil untuk anda.
Sila pilih cup size yang lebih besar dari saiz asal anda pakai sekarang.



Memakai bra yang membuatkan benjolan terkeluar di bahagaian bawah ketiak, sisi dada atau bahagian atas.




Cara betul : Sepatutnya tiada benjolan isi yang patut terkeluar dari  bra cup, sama ada ketika anda mengangkat tangan atau tidak
 Cari cup size yang lebih besar sehingga muat keseluruhan aset bila di pakai




Bahagian gore @ part tengah yang menyambungkan antara kedua-dua belah bra, kelihatan terangkat. Dalam masa yang sama ia tidak melekap baik pada tulang dada anda. 





Cara betul : Bra cup melekap sebaiknya sehingga ke tulang dada, tanpa perlu rasa sakit atau ketat.
Carilah cup size yang lebih besar.



Jadi, anda semua mesti dapat kenal pasti masalah-masalah yang mungkin anda tak sedar semasa memakai bra. Apa tunggu lagi? Silalah perbetulkan pemakaian dan pemilihan bra ya! 

Kenali penyakit melalui jari

Asalamualaikum w.b.t + Salam sejahtera .
Hope this day is the best than yesterday ! 
Asas 5 jari
jari telunjuk untuk usus
jari tengah untuk jantung
jari manis = imuniti
jari kelingking untuk rahim atau tulang belakang
Cuba kamu tengok kat ruas jari2 kamu . Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kamu ni penuh dengan racun n toksik Jadi penyakit sembelit mudah kamu hadapi la 


 Kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system dalaman perempuan kita pulak adalah dengan melihat pada jari kelingking kita kalau jari kita meruncing atau bengkok tu, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.
Kalau tapak tangan berbintik pulak maknanya masalah angin . Siapa yang suka marah2 tu, cuba tengok tapak tangan tu , berbintik kot sebab tu suka naik angin ngan marah2. Heeeee


Kalau tangan kamu kerap basah n lembap, maknanya sel sel kanser mudah serang badan kamu


Tengok kuku masing masing.ada tak bentuk bulan sabit yang kaler putih tu ? ada ?  kalau ada maknanya hormon kamu tak seimbang. aku la tu... hukhuk. Tapi kalau bulan sabit putih tu just ada kat ibu jari, kamu orang yang sihat.

27 April 2013

5 sebab best jadi Single .

Asalamualaikum w.b.t + Salam sejahtera .
Hope this day is the best than yesterday ! 
TAK SEMESTINYA BERKASIH ITU BAHAGIA . BERSENDIRIAN A.K.A SINGLE PUN BAHAGIA .
  Bebas dan berdikari
Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.
 Jadi rakan yang baik 
Sememangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.
 Lebih banyak masa berkualiti di rumah
Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat
 Kuat keuntungan dengan part-time
Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.
 Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boleh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.
SOURCE : MISS DYA

9 April 2013

Tip : Elak Perut Buncit

Asalamualaikum w.b.t + Salam sejahtera .
Hope this day is the best than yesterday ! 


Stress dengan perut buncit ? Sampai sanggup berdiet takmakan 2-3 hari . Itu bukan elok pun , Nanti yang rosak kesihatan kita jugak kan kan ? So yaya nak share sikit pasal Tip : Elak Perut Buncit .

Amal cara duduk tegak .
 Apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.

Sapu perut dengan perahan limau dan kapur makan
sapu dalam urutan membulat ok. Kalau rajin boleh balut dengan bengkung.Kena amalkan selalu. 

 Ambil sedikit daun lidah buaya
masukkan ke dalam periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan dengan api kecil sehingga pekat. Tutup api dan biarkan ramuan menjadi suam dan kemudia baru dilumurkan pada perut

Ambil sedikit asam jawa dan bancuh dengan segelas air panas
 Biarkan semalaman. Esoknya baru minum. Amalkan setiap hari sehingga mendapat perut idaman

Jaga pemakanan 
 Jangan makan makanan berlemak dan berminyak. Elak kan minum ais.

Untuk yang terakhir :>
minum air selepas 30 minit korang makan tau .

KLIK FOR SECOND ---->> HERE
SOURCE : NABILA BIELA