HOME TUTO BIES ASK

9 April 2013

Tip : Elak Perut Buncit

Asalamualaikum w.b.t + Salam sejahtera .
Hope this day is the best than yesterday ! 


Stress dengan perut buncit ? Sampai sanggup berdiet takmakan 2-3 hari . Itu bukan elok pun , Nanti yang rosak kesihatan kita jugak kan kan ? So yaya nak share sikit pasal Tip : Elak Perut Buncit .

Amal cara duduk tegak .
 Apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.

Sapu perut dengan perahan limau dan kapur makan
sapu dalam urutan membulat ok. Kalau rajin boleh balut dengan bengkung.Kena amalkan selalu. 

 Ambil sedikit daun lidah buaya
masukkan ke dalam periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan dengan api kecil sehingga pekat. Tutup api dan biarkan ramuan menjadi suam dan kemudia baru dilumurkan pada perut

Ambil sedikit asam jawa dan bancuh dengan segelas air panas
 Biarkan semalaman. Esoknya baru minum. Amalkan setiap hari sehingga mendapat perut idaman

Jaga pemakanan 
 Jangan makan makanan berlemak dan berminyak. Elak kan minum ais.

Untuk yang terakhir :>
minum air selepas 30 minit korang makan tau .

KLIK FOR SECOND ---->> HERE
SOURCE : NABILA BIELA