HOME TUTO BIES ASK

31 May 2013

7 Perkara Tentang Kawan Sejati

Asalamualaikum w.b.t + Salam sejahtera .
Hope this day is the best than yesterday ! 



Kaunter Aduan

Dia boleh jadi tempat anda mencurahkan segala-galanya. Ketika korang meluahkan isi hati di tengah malam pun dia tidak akan merungut walaupun die terpaksa menahan telinga mendengar anda membebel marahkan boyfriend atau girlfriend korang. Dia tetap setia mendengar walaupun dengan mata yang separuh pejam.

Burung Hantu

Tetap segar dan cergas untuk berbual dengan korang walaupun gagang telefon dah terasa panas di telinga. Jam telah menunjukkan pukul satu pagi tapi dia masih mempunyai cerita untuk dikongsi bersama anda.

Peti Keselamatan

Mulutnya seakan-akan dikunci rapat walaupun telah seribu satu macam rahsia korang curahkan kepadanya. Kamu boleh percaya 101% yang rahsia korang selamat dengannya. Biarlah macam mana kamu bergaduh dengan dia pun, rahsia korang tetap selamat.

Tukang Kepoh

Bukan Kepoh macammana pun ! Tapi setiap kali hari jadi korang mesti dia orang pertama yang akan merancang sambutan, mengingatkan kawan-kawan yang lain dan yang paling penting akan menjadi orang pertama yang mengucapkan selamat ulang tahun untuk korang .

Informasi Terkini

Wah! Ini adalah satu sebab kenapa korang suka mempunyai kawan sejati sebab korang boleh lepak di kedai kopi sambil berborak dan bergossip cerita-cerita terkini tentang artis, kolej, awek atau balak yang baru berpindah di sebelah rumah. Malah sentiasa terasa diri korang up to date dengan ada aje informasi terkini yang disampaikan oleh kawan sejati korang.
Pengkritik Hebat !

Dia memang layak jadi juri ! Dia selambe je kritik cara korang berfesyen kalau orang lain tentu dah teragak-agak nak mengkritik korang. Dan yang peliknya teguran dia langsung tak menyebabkan darah korang naik 180.

Jadi Diri Sendiri

Korang boleh menjadi diri sendiri tanpa perlu berpura-pura menjadi orang lain. Walau sesiapapun korang , walaupun tengah pokai tapi dia tetap menganggap koranglah kawan terbaik yang pernah dia jumpa. Yes ! inilah buktinya yang dia memang kawan sejati ...

DIPETIK DARIPADA 
NAJMI .

3 comments:

Maherah Al Yahya said...

Ermm .. Kawan saya 5/7 daripada ciri-2 kat atas . burung hantu dan tukang kepoh .

burung hantu - mmg saya pun dah tido dan saya takkan ganggu dia .

tukang kepoh - tak de lah rancang nak bt kejutan . Just ingatan dan hadiah yang saya nakkan dari diaa :)

Visit my blog too :) Kalau sudi bacalah :)

Maherah Al Yahya said...

Kawan saya 5/7 drpd atas .

burung hantu - saya pun dah tidur dan saya takkan ganggu dia .

tukang kepoh : saya tak perlu dia buat kejutan , just hadiah dan ingatan dah cukup . Hadiah ? Wajib !

Farah Waheda Wahid said...

kawan ketawa memang ramai...tapi kawan menangis memang susah nak dapat... so bila dah jumpa kita kenalah hargai...