HOME TUTO BIES ASK

26 February 2013

Laman sosial jerat artis?

Asalamualaikum w.b.t + Salam sejahtera .
Hope this day is the best than yesterday ! 




LAMAN sosial di Internet seperti Twitter dan Facebook bukan sahaja digunakan oleh orang biasa, malah turut dieksploitasi secara meluas golongan popular seperti artis. Banyak artis misalnya menggunakan laman sosial itu untuk berinteraksi dengan para peminat . 


Pada masa sama ada juga artis seperti penyanyi dan pelakon yang menggunakan Twitter dan Facebook untuk berkongsi kegembiraan.


Tanpa segan silu dan secara terbuka laman sosial itu seolah-olah dijadikan medan untuk berkongsi perasaan dengan para peminat mereka. BACAAN LANJUT ----> KLIK SINI


Lebih percaya peminat daripada wartawan?

Ada juga segelintir artis yang bersikap prejudis terhadap wartawan sehingga ada yang sampai tahap menipu apabila ditanya soal status dan hal-hal peribadi yang berkaitan. Mereka seperti tidak percaya dan terlalu berahsia tentang perkara-perkara itu dengan para wartawan.

Sebaliknya, tanpa disedari artis sendiri yang mendedahkan kisah-kisah peribadi mereka termasuklah di Twitter dan Facebook untuk dikongsi dengan para peminat. Selepas perkara itu heboh diperkatakan dan ditanya oleh para wartawan barulah golongan ini mahu memberi penjelasan lanjut.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Megabait/20130226/me_01/Laman-sosial-jerat-artis? 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: