HOME TUTO BIES ASK

3 February 2013

Kena ulser mulut ???

Asalamualaikum w.b.t + Salam sejahtera .
Hope this day is the best than yesterday ! 

Terus kepada story okey , Yaya kena ulser ini minggu lepas hari isnin(cuti Thaipusam) , Yaya terkena ulser ni time yaya makan jeruk mangga , Lepas tu , Arghhhh ! tergigit bahagian dalam mulut . Sakit wooo ~


Tapi yaya tak kisah , memang selalu tergigit , tapi kali ini lain , makin hari makin besar lukanya itu . Dan yaya cerita lah dekat member-2 sekolah , Dan ramai kata yaya kena ulser , termasuk bf yaya jugak . Mula-2 yaya tak percaya , Last-2 , yaya check dekat google pasal ulser , dan terjumpa satu entri pasal ulser , Dan PANGGG ! Terbukti yaya kena ulser . 

Ramai juga suruh yaya makan ubat , Tapi series yaya tanak . sebab yaya ANTI-UBAT ! Kecuali time kecik masuk ubat dari bawah tuuutt . Then sampai sekarang tak makan ubat langsung . 

Inilah sedikit cebisan inti dari entri yang yaya jumpa di google . Yaya ambil isi penting sahaja . 

"Selalunya tanda² penyakit ini adalah bulat berwarna putih atau sedikit kuning. dan dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah. Rasa sakit terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.Biasanya ia akan pulih sendiri dalam masa kurang daripada 2-3 minggu

Antara sebab² terjadinya ulser mulut kerana kecederaan di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam atau air yang terlalu panas.
Ada beberapa petua biasa untuk menghilangkan kesakitan akibat ulser mulut antaranya jangan makan makanan yang terlalu pedas, minuman berasid, guna antiseptik untuk berkumur, minum air dengan banyak , letakkan ketulan ais di tempat yang sakit dan letak gel untuk ulser "

Tapi yaya suka makan makanan yang pedas !! Adui , Nampak nya terpaksa lah tunggu 2 minggu lagi .

P/S : Yaya lebih rela menanti masa pulihnya tiba , Daripada makan ubat . ^^,

No comments: