Masing-masing mesti pernah bercinta kan ? Time cinta monyet , cinta kura-kura . Hahaha . Nak tergelak bila ingat balik . Suka dekat seseorang tu , Pergi tulis surat . Letak dalam beg dia . Ohhhh ! Korang mesti lagi dasyhat kan kan ? Hahahaha . Bercinta tak boleh ? Siapa kata ? Boleh saja bercinta , Tapi mesti tau had-had batasnya nya shayangg .
Jangan bercinta kerana HARTA .
Sorry to say lah kan . Tak de gunanya hidup dilimpahi dengan harta , tapi tanpa cinta . Harta datang dan pergi setiap saat . "Cinta" yang sesat dapat diperoleh setiap saat , tapi cinta yang sejati tidak dapat dibeli dengan harta . So , renung-renungkan lah ye ?
Jangan bercinta kerana SIMPATI
Rasa tertarik dan simpati terhadap seseorang seringkali disalahertikan sebagai CINTA . Perasaan itu bukan cinta ! Ia boleh berubah dengan beberapa faktor seperti rupa paras , harta , tempat dan keadaan . Perasaan itu buta , tidak tahan lama , dan tidak tahan diuji . Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan membuat mata
Jangan bercinta kerana RUPA
Kecantikan fizikal memang indah dan mudah saangat menggoda sesiapa sahaja , tetapi ianya boleh luntur kerana usia . Oleh itu , apa yang lebih penting ialah kecantikan dalaman seseorang kerana ianya tidak akan luntur selagi nyawa dikandung badan :)
Jangan bercinta kerana kepuasan NAFSU
Seks penting dalam perhubungan suami isteri , namun ianya tidaklah boleh dijadikan sebajai tujuan utama mencari pasangan . Seks hanyalah salah satu bahagian dari pernikahan . Orang yang hanya mengejar kenikmatan seks akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan yang diciptakannya sendiri :)
Jangan bercinta kerana PAKSAAN keluarga
Seorang anak harus berbakti kepada keluarga , namun , tidak boleh menyerah dalam hal percintaan , sekiranya korang pasti yang mereka salah dan korang benar. Berdoalah dan berikanlah penjelasan kepada mereka bahawa korang tak setuju dengan apa yang telah ditetapkan untuk korang .
Jangan bercinta kerana membalas JASA
Orang yang telah berbuat baik kena dibalas baik , jangan balas dengan CINTA .Ingat !! Jangan bercinta tanpa pengertian dan keikhlasan . Daripada mengundang derita , lebih baik mengelakkannya . Banyak lagi cara lain yang lebih ikhlas untuk membalas budi dan jangan memaksa diri untuk menerima seseorang yang bukan pilihan kita :)
MAAF ENTRI INI UNTUK GOLONGAN BERGELAR GADIS , WANITA , PEREMPUAN , KANAK-KANAK PEREMPUAN . GENDER SELAIN YANG DINYATA ITU SILA TEKAN PANGKAH .
Satu formula telah di reka khas untuk memastikan ukuran sebenar saiz bra yang bersesuaian. Dari formula itulah, tercetusnya 30A, atau 34D, dan sebagainya. Untuk tahu saiz bra yang sesuai bolehlah korang cari di formula mengira saiz bra :) --> SINI .[ Saiz tu tak semestinya betul-betul tepat. ]
Memakai cangkuk bra yang terakhir untuk rasa selesa atau sengaja untuk mengetatkan
Cara betul : Pemakaian bra baru dimulakan dengan cangkuk yang paling longgar. Bila bra terletak baik pada badan tanpa memberi kesan ketat di setiap bahagian, itulah yang menandakan bra yang sesuai. Sila pilih band size yang lebih besar dari saiz asal anda memakainya .
Tali bra yang terangkat dari pandangan belakang
Cara betul : Band size yang di pakai sepatutnya satu level dari bahagian depan dan nampak rata pemakaiannya.
Sila pilih band size yang lebih rendah atau kecil dari saiz asal anda memakainya
Memakai tali bra yang sangat ketat. Atau memendekkan tali bra sehingga meninggal kesan pada kedua-dua bahu.
Cara betul : Tali bra tak menimbulkan kesan ketat atau berbekas pada bahu dan badan. Selalunya bila anda bertindak mengetatkan bra strap bererti support dari cup kurang. Cup size itu kecil untuk anda.
Sila pilih cup size yang lebih besar dari saiz asal anda pakai sekarang.
Memakai bra yang membuatkan benjolan terkeluar di bahagaian bawah ketiak, sisi dada atau bahagian atas.
Cara betul : Sepatutnya tiada benjolan isi yang patut terkeluar dari bra cup, sama ada ketika anda mengangkat tangan atau tidak
Cari cup size yang lebih besar sehingga muat keseluruhan aset bila di pakai
Bahagian gore @ part tengah yang menyambungkan antara kedua-dua belah bra, kelihatan terangkat. Dalam masa yang sama ia tidak melekap baik pada tulang dada anda.
Cara betul : Bra cup melekap sebaiknya sehingga ke tulang dada, tanpa perlu rasa sakit atau ketat.
Carilah cup size yang lebih besar.
Jadi, anda semua mesti dapat kenal pasti masalah-masalah yang mungkin anda tak sedar semasa memakai bra. Apa tunggu lagi? Silalah perbetulkan pemakaian dan pemilihan bra ya!
Cuba kamu tengok kat ruas jari2 kamu . Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kamu ni penuh dengan racun n toksik Jadi penyakit sembelit mudah kamu hadapi la
Kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system dalaman perempuan kita pulak adalah dengan melihat pada jari kelingking kita kalau jari kita meruncing atau bengkok tu, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.
Kalau tapak tangan berbintik pulak maknanya masalah angin . Siapa yang suka marah2 tu, cuba tengok tapak tangan tu , berbintik kot sebab tu suka naik angin ngan marah2. Heeeee
Kalau tangan kamu kerap basah n lembap, maknanya sel sel kanser mudah serang badan kamu
Tengok kuku masing masing.ada tak bentuk bulan sabit yang kaler putih tu ? ada ? kalau ada maknanya hormon kamu tak seimbang. aku la tu... hukhuk. Tapi kalau bulan sabit putih tu just ada kat ibu jari, kamu orang yang sihat.
TAK SEMESTINYA BERKASIH ITU BAHAGIA . BERSENDIRIAN A.K.A SINGLE PUN BAHAGIA .
Bebas dan berdikari
Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.
Jadi rakan yang baik
Sememangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.
Lebih banyak masa berkualiti di rumah
Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat
Kuat keuntungan dengan part-time
Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.
Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boleh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.
Hye korang! Hari ni Yaya nak ajar korang macam mana nak buang underline link. Underline membuatkan link tu buruk kan? Huhu. So, kalau nak remove, jom ikut tutorial ini.
pergi Dashboard > Design > Edit HTML.
Tekan CTRL + F dan cari kod ini
a:link {
Lepastuuu, paste code ini bawah a:link { tadi kay.
text-decoration:none;
Kalau dah ada code tu, mesti code korang macam ni kan : text-decoration: underline; , so tukarkan perkataan underline kepada none.